Katak di luar tempurung #009
5 beberapa jam yang lalu
Seminggu aku bercuti. Balik ke kampung di Perlis. Rindu hirupan udara pagi. Yang mana boleh terasa aroma kehijauannya menusuk laju ke dalam rongga nostril. Angin sepo-sepoi bahasa meniup boleh membuat ruang rongga yang sesak jadi lapang.
Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita semua menunaikan rukan Islam yang ketiga. Minggu depan dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya macam kelmarin sahaja kita baru mula berpuasa.